Monday, February 1, 2010

KEMPEN - SELAMATKAN NILAI WANG ANDA DARIPADA INFLASI ... TUKARKAN SEBAHAGIAN WANG KERTAS ANDA KEPADA EMAS...

Salam semua....
Apa khabar anda hari ni.. semoga sihat dan ceria

Hari ni saya nak mengempen ye...

Hadith Nabi Muhamad SAW - Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa lagi yang tinggal dan boleh digunakan oleh manusia, maka simpanlah EMAS dan PERAK" - (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Kita perlu tahu bahawa EMAS dan PERAK ini bukan sekadar hiasan malah ia boleh membawa keuntungan lumayan kepada sesiapa yang bijak memilikinya...

Kenapa membeli EMAS dan PERAK---->

- EMAS dan PERAK merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan oleh manusia. Daripada awal tamadun islam sehingga hari ini, nilai EMAS dan PERAK yang stabil sangat menarik perhatian.

- Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhamad SAW, hari ini seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham. Ini menunjukkan dinar dan dirham inflasi sifar dalam jangkamasa 1400 tahun.

- Sebagai contoh..kalau kita simpan rm10,000 di bawah bantal/dalam almari berbanding seketul emas yang bernilai rm10,000. Kita lihat nilainya selepas 10 tahun. Nilai wang akan menjadi semakin kecil berbanding nilai emas yang tentunya semakin meningkat.

- Ini juga membuktikan bahawa dalam jangkamasa panjang EMAS dan PERAK merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli EMAS dan PERAK masih di kekalkan. Inilah kelebihan EMAS dan PERAK.

- Selain itu EMAS dan PERAK tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

- Oleh yang demikian... menyimpan kekayaan dalam bentuk EMAS dan PERAK adalah kaedah yang terbaik dan terunggul. Dalam apa jua situasi samada masalah peperangan, politik, kegawatan ekonomi dunia dan inflasi... EMAS tetap mengekalkan nilainya..

- Jadi apa di tunggu lagi, MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA SEKARANG SEBELUM HARGANYA MELAMBUNG TINGGI.....

1 comment: