Saturday, January 30, 2010

EMAS tidak boleh di manipulasikan

Salam semua...

Nak cerita pasal EMAS lagi ni tau...

Ya! Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009


Zimbabwe - Nak beli 3 biji telur memerlukan 100 billion Zimbabwean Dollar


Wang kertas zimbabwe tak laku

Dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.
Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. EMAS


Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu
sahaja.
Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai
wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia
menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak
diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas
anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga
merupakan kekayaan yang sebenarnya.

ok..sampai jumpa lagi di en3 yg akan datang...

No comments:

Post a Comment