Saturday, February 6, 2010

Simpan EMAS(DINAR) boleh pergi haji/umrah..BAGAIMANA??



Salam dan selamat sejahtera semua..
semoga anda semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga tersayang..

Baca tajuk tu macam best je kan.. tapi macamana ye..

Haa.... kat sini saya nak cerita la pulak macamana caranya kalau kita simpan emas ni boleh pergi menunaikan haji/umrah...Emak dan Abah saya pun dah selamat menunaikan Haji pada tahun 1995. Saya bila lagi? InsyaAllah sedang menanti giliran dan berusaha menambahkan lagi tabungan. Kalau boleh nak bawa emak , abah & keluarga menunaikan haji bersama. InsyaALLAH...

Adakah terdetik di hati kita untuk menjadi tetamu ALLAH? Jika sudah terdetik adakah kita sudah mulakan langkah pertama ke arah itu? Alhamdulillah dan tahniah bagi anda yang telah memulakan simpanan untuk menunaikan haji.



Tahukah anda ada kekuatan dengan simpanan DINAR ini...
Kalau tahun 1995 dulu, kita memerlukan 70 dinar untuk mengerjakan haji TETAPI sekarang tahukah anda berapa DINAR yang anda perlukan??
Cuma 19 dinar SAHAJA.....KOS haji = rm9980.00 (kurang 20 ringgit cukup 10K)
(*7.2.2010 - harga 1 dinar hari ni rm536.00)

Dijangkakan pada tahun 2015, berdasarkan kepada statistik kita cuma memerlukan 10 dinar sahaja untuk menyahut seruan rukun islam ke 5 itu...
Jadi, seandainya jutaan rakyat Malaysia menyedari akan kekuatan DINAR ini …maka selepas ini akan lebih ramai orang yang mampu pergi ke Mekah menunaikan haji.. insyaALLAH..

Sama-samalah kita mencapai matlamat kewangan kita dengan menyimpan/menabung DINAR... simpanan untuk masa depan...

No comments:

Post a Comment