Saturday, February 6, 2010

Simpan EMAS(DINAR) boleh pergi haji/umrah..BAGAIMANA??



Salam dan selamat sejahtera semua..
semoga anda semua sihat dan ceria selalu di samping keluarga tersayang..

Baca tajuk tu macam best je kan.. tapi macamana ye..

Haa.... kat sini saya nak cerita la pulak macamana caranya kalau kita simpan emas ni boleh pergi menunaikan haji/umrah...Emak dan Abah saya pun dah selamat menunaikan Haji pada tahun 1995. Saya bila lagi? InsyaAllah sedang menanti giliran dan berusaha menambahkan lagi tabungan. Kalau boleh nak bawa emak , abah & keluarga menunaikan haji bersama. InsyaALLAH...

Adakah terdetik di hati kita untuk menjadi tetamu ALLAH? Jika sudah terdetik adakah kita sudah mulakan langkah pertama ke arah itu? Alhamdulillah dan tahniah bagi anda yang telah memulakan simpanan untuk menunaikan haji.



Tahukah anda ada kekuatan dengan simpanan DINAR ini...
Kalau tahun 1995 dulu, kita memerlukan 70 dinar untuk mengerjakan haji TETAPI sekarang tahukah anda berapa DINAR yang anda perlukan??
Cuma 19 dinar SAHAJA.....KOS haji = rm9980.00 (kurang 20 ringgit cukup 10K)
(*7.2.2010 - harga 1 dinar hari ni rm536.00)

Dijangkakan pada tahun 2015, berdasarkan kepada statistik kita cuma memerlukan 10 dinar sahaja untuk menyahut seruan rukun islam ke 5 itu...
Jadi, seandainya jutaan rakyat Malaysia menyedari akan kekuatan DINAR ini …maka selepas ini akan lebih ramai orang yang mampu pergi ke Mekah menunaikan haji.. insyaALLAH..

Sama-samalah kita mencapai matlamat kewangan kita dengan menyimpan/menabung DINAR... simpanan untuk masa depan...

Produk Public Gold Dan Public Dinar Yang Di Tawarkan

Salam semua..
Rasanye lama jugak rest kan..
dah lama terperam ni.. he..he..

Ok hari ni saya nak cerita sikit tentang produk2 keluaran syarikat PUBLIC GOLD dan PUBLIC DINAR..

Public Gold ialah emas jongkong dan syiling yang mempunyai ketulenan 999.9% terdiri daripada 20gm ,50gm ,100gm , 500gm dan syiling 50gm..

Manakala Public Dinar pula mempunyai ketulenan 916% terdiri daripada 1 dinar , 5 dinar dan 10 dinar..

ok kita tengok gambar2 pulak ye..

PUBLIC GOLD (Jongkong dan Syiling)

20gram





50gram




100gram




500gram




Syiling 50gram





PUBLIC DINAR

1 dinar




5 dinar



10 dinar





Selamat menjamu mata ye...
Kalau rasa-rasa macam minat nak memiliki emas2 tersebut boleh hubungi saya ye..
di talian 0136739915.....

Monday, February 1, 2010

KEMPEN - SELAMATKAN NILAI WANG ANDA DARIPADA INFLASI ... TUKARKAN SEBAHAGIAN WANG KERTAS ANDA KEPADA EMAS...

Salam semua....
Apa khabar anda hari ni.. semoga sihat dan ceria

Hari ni saya nak mengempen ye...

Hadith Nabi Muhamad SAW - Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa lagi yang tinggal dan boleh digunakan oleh manusia, maka simpanlah EMAS dan PERAK" - (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Kita perlu tahu bahawa EMAS dan PERAK ini bukan sekadar hiasan malah ia boleh membawa keuntungan lumayan kepada sesiapa yang bijak memilikinya...

Kenapa membeli EMAS dan PERAK---->

- EMAS dan PERAK merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan oleh manusia. Daripada awal tamadun islam sehingga hari ini, nilai EMAS dan PERAK yang stabil sangat menarik perhatian.

- Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhamad SAW, hari ini seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham. Ini menunjukkan dinar dan dirham inflasi sifar dalam jangkamasa 1400 tahun.

- Sebagai contoh..kalau kita simpan rm10,000 di bawah bantal/dalam almari berbanding seketul emas yang bernilai rm10,000. Kita lihat nilainya selepas 10 tahun. Nilai wang akan menjadi semakin kecil berbanding nilai emas yang tentunya semakin meningkat.

- Ini juga membuktikan bahawa dalam jangkamasa panjang EMAS dan PERAK merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli EMAS dan PERAK masih di kekalkan. Inilah kelebihan EMAS dan PERAK.

- Selain itu EMAS dan PERAK tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

- Oleh yang demikian... menyimpan kekayaan dalam bentuk EMAS dan PERAK adalah kaedah yang terbaik dan terunggul. Dalam apa jua situasi samada masalah peperangan, politik, kegawatan ekonomi dunia dan inflasi... EMAS tetap mengekalkan nilainya..

- Jadi apa di tunggu lagi, MULAKAN SIMPANAN EMAS ANDA SEKARANG SEBELUM HARGANYA MELAMBUNG TINGGI.....