Saturday, January 30, 2010

EMAS tidak boleh di manipulasikan

Salam semua...

Nak cerita pasal EMAS lagi ni tau...

Ya! Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

Kerajaan Perancis –tahun 1715
Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 – 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
Zimbabwe 2000-2009


Zimbabwe - Nak beli 3 biji telur memerlukan 100 billion Zimbabwean Dollar


Wang kertas zimbabwe tak laku

Dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.
Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. EMAS


Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu
sahaja.
Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai
wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia
menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak
diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas
anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga
merupakan kekayaan yang sebenarnya.

ok..sampai jumpa lagi di en3 yg akan datang...

Emas Sebagai Alternatif Pelaburan

Salam semua..
semoga anda ceria selalu di hujung minggu ni ok..

Adakah anda semua tahu kelebihan logam yang berharga ini. Ok kalau anda hendak tahu.. luangkan sedikit masa untuk membaca artikel yang telah di tulis oleh Dato’ Salleh Majid – Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur kini di kenali Bursa Malaysia dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 oktober 2009.

MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.
Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus.
Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal.
Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB.
Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Koperasi Etika Emas yang mempunyai cawangan di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama. Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut.
Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah.
Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi.
Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi.
Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum.
Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund).
Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal.
Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
ARKIB : 10/10/2009

Wednesday, January 27, 2010

Mengapa anda perlu menyimpan emas?

Salam semua...

Entri kali ni saya petik dari e-book2 (Rahsiaemas)

Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas,
adalah penting bagi anda mengetahui MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan maka adalah mudah bagi
anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan
kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh
dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah
menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun
sebagai wang.
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan
kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan
tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas
maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga
dianggap kaya.

Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan
kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan
dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam
jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

INFLASI - Nilai matawang semakin menyusut

Salam semua..
Sihat ke anda hari ni...
Harapan saya semoga sihat dan ceria selalu..

OK..
Hari ni pulak en3 saya bercerita tentang inflasi...
apa yang anda tahu tentang inflasi????

INFLASI menjadi perkataan yang semakin kerap disebut akhir-akhir ini.

Apa makna INFLASI?

Ia adalah kenaikan berterusan harga barangan di dalam sesebuah negara. Kenaikan harga menunjukkan nilai wang kita semakin rendah, atau kuasa beli duit kita semakin mengecil.

Harga barangan pengguna ditunjukkan oleh CPI (Consumer Price Index) ataupun Indeks Harga Pengguna. Ia adalah satu indeks yang berdasarkan harga purata berwajaran (weighted average price) untuk beberapa barang tertentu yang dikelaskan sebagai barang pengguna.

Jenis barangan yang mempunyai wajaran paling tinggi adalah:

1)Makanan dan Minuman tidak beralkohol (31.4%),
2)Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Minyak (21.4%) dan
3)Pengangkutan (15.9%).
4)Barang-barang pengguna yang lain mempunyai wajaran yang tidak lebih dari 10%
(sumber dr: Jabatan Perangkaan Malaysia)


Inflasi sememangnya tidak dapat dielakkan, dan kenaikan harga barang tetap akan berlaku.

Cuba anda bandingkan harga barang 10 tahun dulu dengan harga barang sekarang...
bandingkan harga minyak masak, gula, telur dan pelbagai lagi. Adakah semakin naik atau semakin turun...
Yeah... sudah pasti harganya semakin naik...

sebagai contoh la.. kalau dulu kita boleh beli telur rm1.00 = 5 biji...
tapi sekarang.. dapat lagi ke 5 biji dengan harga yang sama... tentu sekali TIDAK..
Ini adalah kesan inflasi.

Secara purata, inflasi di negara kita adalah sebanyak 4% setahun. Bermakna nilai rm100.00 duit kita sekarang akan menjadi rm96.00 tahun hadapan. Nampak tak bagaimana duit kita begitu senang sekali menyusut nilainya..


Apa yang kita risaukan sekarang, harga barangan naik begitu cepat dan mendadak, namun gaji kita masih di takuk lama.

Jadi apa yang harus kita lakukan untuk menyelamatkan nilai matawang kita dari berterusan dimamah inflasi....

Nantikan entri saya seterusnya....

Tuesday, January 26, 2010

Pelaburan Emas

Assalamualaikum semua...
Semoga anda semua sihat ahamdulillah...

En3 pertama ni saya nak bercerita sedikit sebanyak pasal pelaburan emas...
Tahukah anda tentang pelaburan emas???

Owh.... Ada yang tahu dan ada yang masih tidak tahu kan....
Kalau anda dah tahu.. alhamdulillah.. memang anda mempunyai kesedaran tentang pelaburan... mesti anda dah banyak simpanan emas kan....

TETAPI bagi mereka yang masih tidak tahu....
meh sini saya nak tolong ajarkan ....... bagaimana anda nak melipatgandakan
pelaburan anda terutamanya pelaburan emas...

Sekarang ni mungkin anda masih tercari2 apakah pelaburan terbaik untuk anda.. adakah fix deposit, (Unit Trust)spt ASB,public mutual dan saham.. ada lagi ke selain yang saya sebutkan tadi...

Sebenarnya ada... iaitu PELABURAN EMAS....

Sejak 5 tahun lepas, harga emas telah mengalami kenaikan sebanyak 250%


Harga emas pada 4/1/2005 = USD426.80/Oz
Harga emas pada 6/11/2009 = USD1095.00/Oz
sumber rujukan: http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg


Jadi, sekiranya anda membuat perbandingan antara pulangan amanah saham/fixed deposit dengan emas maka emas dilihat lebih menguntungkan.

Walaupun pulangan daripada pelaburan emas adalah tinggi, namun kesedaran terhadap pelaburan emas di kalangan rakyat Malaysia masih begitu rendah.


Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah JADI KAN EMAS SEBAGAI SALAH SATU PELABURAN ANDA...OK..

Jumpa lagi nanti....

Thursday, January 21, 2010

Salam Perkenalan...

Alhamdulillah.....
Akhirnya berjaya juga aku membuat sebuah blog yang tak seberapa ni...
Setelah belajar melalui internet ... dan tunjuk ajar dari rakan2.
Terima kasih semua.....

Kalau ada yang kurang.. tolonglah tunjukkan ye...
Aku budak baru belajarrrr.........