Thursday, April 1, 2010

Sistem Ekonomi Dunia Menuju Kehancuran. Jadi Apakah Persediaan Anda???

Assalamualaikum..
Kepada semua pembaca blog ku yang budiman..

3 hari lepas saya ada menerima email dari seorang kawan dari terengganu..
Beliau menceritakan tentang ekonomi dunia yang semakin goyah sekarang ni....
meh kita baca ni sama2 ye..


“Aku tak baca detail sangat… tapi sejak jadi unit trust consultant
ni… aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda
ni.Kalau nak tahu half value the money… guna rule ni bahagikan dengan
inflasi rate. Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say… dlm
masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 (1/2) 18 tahun akan dtg.
Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih
besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest
rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada
keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan
selamat. pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan
sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2
ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh
hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya
mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi
Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini
pasti akan terjadi) Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh
ambik duit dlm bank.

Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.
Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak
mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik
yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh
penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan
segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse,
keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia
1930’s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk “FUTURE
FASTFOWARD”.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana
mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL
masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah
nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg
dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di
Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas
dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak
Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.
Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal
masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).
Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank.
Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan
menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak
boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal
“money creation” oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun
dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star,
nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters
yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu
teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya.
Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2
eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem
Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca
oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money
meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan
dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis.
Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka
tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis
itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet
mengenai sejarah dan asal usul bank)
Sudahnya, kita semua satu dunia,simpan duit kertas yg menurut pakar
ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET
DI BAWAH TOPIC “THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan
kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa
depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah
tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada
tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak
ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran
kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era “haus kerana tidak
ada air” dan “bergelap kerana tiada minyak” menurut kata penganalisis
dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang
pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja.
Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, “Tan Sri, apa kita
nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?” Dia jawab, “no
comment. You kena tanya menteri.” Aku call pejabat menteri, menteri lak
pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga
nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak. Pasal tu la US
heboh betul kalau dengar negara lain develop tenaga nuklear.
Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau
mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit
kertas dlm bank, tapi simpan duit emas.. Keuntungan yg dia dapat daripada
aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. ‘I don’t
keep money,” macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia
bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya
dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH
BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi
penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia
1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran
dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia
terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT
KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US
sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA
BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke
negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang
berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk
rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).
Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, “We believe such a large imbalance of growing
indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for
the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas “over time there is only
one direction for the dollar to go – lower”.

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : “we view them as TIME
BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system.”

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, “we have a 75%
chance of a crisis within 5 years”.

Jadi... mesejnya di sini... menyimpanlah aset dalam bentuk emas dan hartanah..
kalau nak beli emas...
contactlah.. ijan di talian 0136739915..

No comments:

Post a Comment