Friday, April 2, 2010

Pelaburan Emas Atau Skim Pelaburan Emas

Salam kepada semua..
Semoga anda semua sihat dan bahagia sepanjang hari..InsyaALLAH

Pagi ni baru je dengar perkhabaran tentang Din Beramboi (melalui buletin pagi jam 7am), merupakan seorang pelawak dan penyampai radio popular telah meninggal dunia disebabkan denggi berdarah. AL-FATIHAH buat beliau, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Yang pergi tetap pergi, tapi bagi kita yang masih bernyawa ni, teruskan kehidupan anda....

Ok.. hari ni saya nak cerita mengenai skim pelaburan emas.. yang dikatakan telah menipu sehingga RM25 juta.

Saya juga akan berkongsi maklumat dengan anda semua bagaimana mengelakkan diri dari terjebak dengan skim-skim pelaburan emas.

Selain itu saya akan terangkan bagaimana membuat pelaburan emas dengan cara yang paling betul, selamat dan menguntungkan.

Cerita skim cepat kaya menggunakan emas.

Pada 8/2/2010 – 9/2/2010 Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), surat khabar Utusan Malaysia dan Berita Harian telah melaporkan kejadian 60 pelabur kerugian sehingga RM25 juta akibat melabur di dalam skim pelaburan emas.




Laporan Bernama berkenaan penipuan skim pelaburan emas.

Memang menyedihkan apabila membaca berita seumpama ini.

Ini bukanlah kali pertama penipuan seperti ini berlaku. Tahun2 sebelum ni pun ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim-skim pelaburan emas telah menipu atau diserbu oleh BNM.

Ramai pelabur yang rugi.

Pelaburan emas sememangnya merupakan pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan.

Tetapi anda kena tahu cara membuat pelaburan emas yang betul.

Kalau tersalah langkah, anda boleh terjebak di dalam skim pelaburan emas.


Pelaburan emas yang betul maka anda akan tersenyum sebab untung.
Kalau masuk skim pelaburan emas alamatnyer pening kepala ler…

Membuat pelaburan dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas adalah cara yang paling tak selamat, paling tak teguh dan sangat tidak meyakinkan. Tak boleh tidur lena lah jawabnya.


Kenapa orang masih memilih skim pelaburan emas?
Walaupun skim pelaburan emas telah menipu pelabur sejak Januari 2009, namun masih ramai yang masih terjebak dengan skim pelaburan emas.

Persoalannya mengapa?

Jawapan mereka ialah :-
1. Tamak – nak untung cepat
2. Tiada pengetahuan mengenai pelaburan emas
3. Mudah percaya kata-kata dan janji-janji manis penganjur skim.

Jadi, disini saya ingin memberikan panduan bagaimana mengelakkan skim-skim seperti ini.

1. Elakkan melabur di dalam skim yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan.
2. Elakkan melabur sekiranya harga emas yang dijual adalah terlalu tinggi
3. Elakkan melabur sekiranya anda perlu serahkan balik emas anda kepada syarikat
untuk didagangkan.
4. Elakkan melabur sekiranya emas itu perlu digadai dan wang hasil gadaian perlu
diserahkan kepada syarikat
5. Elakkan melabur sekiranya sekiranya terdapat unsur-unsur bonus tajaan,
bonus rekrut orang ataupun ala-ala MLM di dalam syarikat berkenaan.
6. Elakkan melabur sekiranya ada syarikat menerapkan unsur-unsur sentimen
seperti keagamaan, bangsa etc. untuk menarik anda menyertai mereka.
7. Elakkan melabur jika anda perlu menyerahkan emas sekarang dan menunggu
beberapa hari untuk mendapat semula duit anda (bagi kes jualan semula).

Bagaimanakah cara membuat pelaburan emas yang sebenar?

Pelaburan emas yang sebenar ialah dengan cara membeli emas-emas pelaburan samada jongkong, syiling atau barang kemas.
Anda tak perlukan janji-janji pulangan setiap bulan.

Bila harga naik, anda boleh jual emas tersebut untuk mendapat keuntungan.

Jika anda mahir, anda boleh menggunakan teknik-teknik manipulasi emas yang betul.

Ini membolehkan anda menjana lebih banyak keuntungan daripada emas anda.

Macammana kalau saya nak pulangan cepat?
Andaikata anda nak pulangan cepat daripada pelaburan emas, anda kena buat pelaburan emas + berniaga emas + buat teknik-teknik manipulasi emas.

Bagaimana mengelakkan dari terjerumus ke dalam skim cepat kaya?
Selain daripada skim pelaburan emas, terdapat beribu-ribu lagi jenis skim pelaburan atau skim cepat kaya diluar sana.

Anda perlu pandai mengenalpasti ciri-ciri skim ini bagi mengelakkan wang dan harta anda terlebur.

Di dalam realiti, anda mesti pernah berjumpa dengan orang-orang yang terlibat dengan skim cepat kaya. Betul tak?

Saya sendiri pernah berjumpa orang yang kehilangan RM80k (duit personal loan) yang dilaburkan di dalam skim pelaburan internet dan forex dan seorang yang lain kehilangan RM100k ++ hasil duit jualan tanah kerana dilaburkan kedalam skim cepat kaya.

Memang malang.

Tanpa ilmu yang betul, ramai lagi yang akan menjadi mangsa.

Ini kerana penipuan yang berlaku diluar sana adalah terlalu banyak. Bukan setakat skim pelaburan emas, tetapi banyak lagi skim-skim pelaburan yang mencari mangsa.

Dengan ilmu yang betul maka akan sukar bagi kita untuk ditipu.

Kesimpulan:
1. Mulai hari ini, kita elakkan skim pelaburan emas dan skim-skim cepat kaya.
2. Pelaburan emas yang betul adalah selamat, teguh dan lumayan.
3. Kalau nak untung cepat anda kena jadi pelabur + berniaga emas

Ok semua selamat membuat pelaburan emas..

sumber: Sifu En Syukur Hashim

1 comment:

  1. Ramai sgt hari ni nak jadi pakar dan Pelaburan emas bijak.masalah nya ilmu tak cukup tp selalu mencanang pasal keuntungan..harap penerangan ini dpt beri kesedaran mengenai emas..

    ReplyDelete